JULAI 2024

Premier Sarawak Hadir Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti Dan Telekomunikasi 2024


KUCHING : 3 Julai 2024 (Rabu) - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Haji Openg hadir dan merasmikan pelancaran Majlis yang dianjur oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bertempat di BCCK.

Majlis dihadiri lebih 1200 orang terdiri daripada Agensi-Agensi Kerajaan, PDRM Pelajar Sekolah, Pelajar IPT, KMKK dan badan-badan NGO bagi menerima Taklimat Pencegahan Vandalisme daripada Agensi Bekalan Elektrik, Bekalan Air, Perkhidmatan Telekomunikasi dan PDRM.

"Saya  amat gembira dapat bersama masyarakat termasuk anak-anak dalam majlis ini, bagi  memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga hak Awam yang sangat diperlukan orang Awam agar kehidupan kita sentiasa dalam keadaan yang aman". 

Katanya lagi, Saya akan merujuk kelemahan undang-undang dalam kesalahan Vandalisme yang sedia bagi memperkasakannya.

Tambah dan tingkatkan lagi kerjasama dikalangan Agensi, KMKK, PDRM, Syarikat-syarikat Telco bagi menjaga  harta awam tersebut.

Kerajaan Sarawak akan menubuh Sarawak Water Grid bagi menyalur air ke seluruh Sarawak termasuk luar bandar agar bekalan air tidak terganggu.

Semua Agensi Pengkuatkuasa air akan disatukan bagi mengurus Bekalan air supaya lebih sempurna dan berkualiti. 

SDEC bersama Sacofa akan memberi bekalan internet dengan kerjasama pihak Telco khususnya bagi membantu anak-anak kita dalam pendidikan. 

Bekalan Elektrik,  ditambah ke seluruh pelusuk negeri Sarawak menerusi projek SARES mengunakan Solar, 

3000 megawatt untuk Bekalan ke tahun 2030" - antara intipati ucapan amanat pelancaran tersebut .

Diakhir majlis, YAB melancar simbolik, menyampai hadiah Pertandingan dan melawat pameran.

Hadir sama adalah, YB Dato Sri Haji Jualihi  bin Nawawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, YB Datuk Liwan Dagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, YB Datuk Len Latif, Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Persekitaran, YB Datuk Ir Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Perlabuhan, YB Datuk Abdullah bin Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Koporat dan UKAS ), CP Dato Mancha Ata, Pesuruhanjaya Polis Sarawak dan dif-dif kenamaan lain.